Memandangkan tahun ni tahun melawat negeri Perak, aku sebagai anak jati Perak yang bertanggungjawab (laaa sangat) perlu memperkenalkan serba sedikit tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi di Perak. Sebenarnya tak tahu nak update apa untuk assignment subjek Personal Development ni. Aku rasa post ni macam okey je kan so aku proceed jela ye.
Gua Tempurung :
Terletak di Gopeng. Kepada sesiapa yang suka aktiviti lasak, Gua Tempurung memang sesuai untuk anda. Ada beberapa 'tour' yang disediakan oleh pihak terbabit untuk pelancong serendah MYR6 - MYR22 mengikut aktiviti dan perjalanan di dalam gua. Memang seronok redah gua, redah sungai. Tak percaya cuba try dulu. Confirm puas hati.
Lost World of Tambun :
Macam macam ada kat sini. Water park, amusement park, hotspring, tiger show (bukan Thai girl show ye) dan macam macam lagi. Lost World of Tambun terletak kat Bandar Sunway, Tambun. Bukan dekat Sunway Piramid tu okey. Selain Lost World of Tambun, kat Sunway Ni ada Extreme Park. Dekat je dengan Lost World of Tambun tu. Kat situ ada court futsal, badminton, ATV, go-cart dan drive range (golf). Memang sempoi dan berbaloi.
Zoo Taiping :
Terletak di Taiping, berhampiran dengan Bukit Larut. 10km je dari bandar Taiping. Zoo ini istimewa sebab ada night safari yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Jadi pengunjung berpeluang untuk menikmati kehidupan haiwan pada waktu malam.
Pulau Pangkor :
Untuk ke Pangkor anda perlu menaiki feri 30min - 45min dari Lumut. Pangkor ni kaya dengan sejarah sebab kat sini ada Kubu Belanda. Pangkor juga aktif dengan aktiviti perdagangan timah pada zaman dahulu. Pangkor mendapat nama dari perkataan Pang Ko yang bererti pulau cantik dalam bahasa siam. Pangkor memang agak seronok untuk dikunjungi kerana pantai yang cantik serta udara yang segar.
Itu je yang aku ingat buat masa ni. Nanti kalau ada lagi tempat menarik aku update lain.
Till next entry, toodles.
*YF




No comments:
Post a Comment